Tentang patimber

×

RENUNGAN

berlaga hujah menindih berkah
berhias taksub mencari anugerah
petanda kecil sebuah kesyikiran
riak dipakai menutupi hati
Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: “Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

ingatlah berpayung kesederhanaan
meludah dosa menimba pahala
tundukkan hati sucikan fikiran
ingati Allah mengikat amalan

biar menyelam di muka ikhlas
mengutip keberkahan menuju hidayah
dipayungi sunnah dan hadis Rasulullah
agungkan Ilahi terbasahi dzikrillah

hinanya penciptaan di asal lahiriah
pada lembah yang kotor dan gumpalan darah
mengapa dinobat sanjungan yang mengkhayal
terlempar laknat disimbahi azab

Mahukah kalian aku beritahu sesuatu yang lebih aku takutkan daripada Dajal?
Kami katakan: Tentu. Baginda bersabda: Syirik yang tersembunyi iaitu apabila seseorang mengerjakan solat lalu dia menyempurnakan solatnya kerana melihat seseorang memandangnya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

peganglah pada doa-doa terwasiat
bekali jiwa pada iman dan takwa
menuju rahmatNYA mencari redha
itulah sebaik-baik hamba dan khalifahNYA

Ya, Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada perbuatan syirik yang kami ketahui. Kami memohon ampunan kepada-Mu daripada dosa (syirik) yang kami tidak mengetahuinya.” (Hadis riwayat Ahmad)




Author: - 6:30 AM

Tidak ada komentar